|
|
 |
 |
|
Sunday, November 01, 2009
bintang jatuh, sayang...! aku rindu plak pada blog neh! dah lama tak apdate.. tak tau nak cakap pasal apa... blog neh terlalu byk menyimpan kenangaN!
adUhh... sangat rindu rasanya neh! bintang jatuh... chaiyok chaiyok! sob sob sob.. baca blog neh mengimbau kenangan silam.. mcm filem sume2 kisah tergamba satu persatu..
Posted at 12:24 pm by zurie
Permalink
Saturday, September 13, 2008
To all my dearest Muslim bloggers, Happy Ramadhan. Hope it’s not too late to wish everybody Happy Fasting!!! Hope u r all reaping the rewards of Ramadhan. Am trying to!!!
and last but not least.. i wanna share sumthing wiv all of you..
naik bukit angkuh cakap ayah jangan risau turun bukit pucat dengar tiga meoww kucing bawa tidur rimau bawa ngigau masuk tempat orang bawa otak bukan pisau
"Happy Ramadhan Al-Mubarak"
Posted at 04:21 pm by zurie
Permalink
Saturday, August 16, 2008
Kepada yang pernah di*********
"Merasa tenang dan tentram jiwanya dalam menghadapi segala yang terjadi pada dirinya dan tidak merasa gundah dan gelisah di saat ditimpa musibah atau kehilangan sesuatu yang dicintainya. Karena hal itu terjadi atas kehendak dan takdir Allah yang menguasai langit dan bumi, semua yang Dia kehendaki pasti terjadi"
Posted at 05:07 pm by zurie
Permalink
Wednesday, August 06, 2008
InTeGriTi : PeRcaYa : AkU
:INTEGRITI:
Apa saja yaNg kite lihat baik, Itulah Integriti!! Bukan Aku yang kata, tapi dia kata!! aku? Aku tergolong dalam yang tiada integriti. Mau tahu kenapa??BiaRlah rehsia.kui kui kui..
:PERCAYA:
Percaya? Adakah kita boleh lihat 'percaya'? Tak boleh kan? Jujur juga tidak boleh dilihat.Percaya mahupun jujur hanya dapat dimanifestasikan melalui perbuatan dan tingkahlaku. Apa yang kau, kita buat.Tingkahlaku kita.Terserah kamu mahu berkelakuan seperti apa pun. Tapi, apa yang dilihat, itulah yang dipercayai..
:AKU:
Aku hanya menantiKan saaT itu....Saat yaNg meNentukan Dimana Aku pada Masa akan datanG naNti!!
Posted at 10:14 pm by zurie
Permalink
Tuesday, July 29, 2008
I am feeling very down right now. ..very different from how I felt 24 hours ago! I am not motivated, I cannot deal with people, I cannot handle noise, I need to talk to someone but don't really want to talk - so here I am just typing...I feel so down I feel sick....nothing has gone right today and I desperately need to get away.....I cannot deal with "me" at the moment ....I need to get away...
tentangseseorang1601:so wanna share it with me?
ko perlu give time for yourself. things happen with a reason. until when each time ada masalah. ko nak give up? ko kena dekati mereka. baru ko leh handle mereka. budak2 ni. mereka ada banyak cerita nak disharekan. tapi tak tahu pada siapa. as a teacher , ko boleh je berbual dengan mereka isu2 luar dari bab belajar, itu pun boleh membantu untuk handle student. aku tak rasa ko perlu give up. setiap benda ada masalah dia sendiri. ko perlu jumpa dengan masalah. dan ko perlu atasi masalah. bukan lari dari masalah.
jgn pk sgt. mcm mana manusia buat kunci bersama anak kunci. Allah tentunya lebih sempurna memberikan masalah bersama penyelesaiannya cuma u have to look for it the solutions isk out there. <<<<<<THANKS BRO!!!!
fadil101 dyll: jom talk ngan aku huhuhu
ko kena banyak sabar. nanti kalau ko ilang sabar ko takde mood nak mengajar n tak leh plak garang2 ngan budak tu nanti mak bapak diorang report polis .. kalau dah camtu .. ko jalankan tanggungjawab ko sbg cikgu. tu dah cukup baik ..bukan ko tak reti ngajo.tapi budak tu tak nak blajo. tapi ko kena study secara psychology. carik buku2 sychology. camne cara nak dekat ngan budak2 camni sehingga diorang boleh berubah menjadi sebaliknya...reti mengajo pun tak leh gak kalau tak tau cara nak rapat n mendalami diri diorang .. teacher is not teaching only .. but control <<<<<THANKS A LOT!!!
Posted at 04:23 pm by zurie
Permalink
Aku berhutang budi, emas..nyawa blum lagi kot. Yer, banyak sangat aku kira. Budi yang ditabur,, emas yang diberi. Menjadi seorang aku, mungkin tidak mampu untuk membalas segala jasa dia.
Selalu kebaikan yang diberi, aku tidak hargai. Selalu kebaikan yang diberi, tidak aku hebahkan. Harus canang kan pada orang kah bila kita berbuat baik? Bagaimana bila berbuat jahat? Yer, selalunya, itulah yang aku canangkan.
Aku seorang yang susah mempercayai orang. Masalah atau rasa tidak puashati aku luahkan disini. Benar, kalau lah katil, meja di bilik ini bisa bicara, aku lebih rela bicarakan pada mereka. Namun begitu, aku memilih blog ini untuk meluah rasa..
Jika, disini pun tidak dapat aku jadikan tempat luahan rasa, harus ku luah pada siapa? DIA? Yer, aku yakin DIA pasti mendengar!!
Mulai ini hari, usah bimbang. Aku sudah ketemu kembali jalan yang sepatotnya aku pergi. Maaf kerana keterlaluan di sini... Sob sob sob.
Aku akan pergi untuk menjadi manusia. Manusia yang tahu menghargai manusia lain. Jalan kita kini kiam membeza. Panjang umur kita ketemu lagi...
Aku sayangkan BINTANG JATUH...
Posted at 01:11 am by zurie
Permalink
Sunday, July 27, 2008
aku berhias. Cantik?? Tidak la, aku berhias biasa-biasa saja, sekadar sedap mata memandang. Mau ke mana? Temujanji dengan kawan. Sudah janjian tepat pukol empat. Tapi, dia ada kerjaan lagi. Takpelah, aku pergi isik minyak untuk mengisi masa LAPANG aku menunggu dia.
Setengah jam sudah pergi, harus ku sabarkan hingga ke sejam lagi kah?? Ados! Kacau..ku kirimkan pesan. Aku sudah mau pulang. Terus aku rempit pulang ke maktab. Di maktab, aku siapkan kerja ku. Esok lecturer mau datang lagi. Aku terima pesanan ringkas, "Xsbr kn kamu ini kn?"<<<< iye, aku tidak sabar. KAlau kamu ader kerjaan, aku jugak ada. Malas nk melayan, aku siapkan kerja.
6.30pm, ABM aku siap!! Baru ABM, belum RPH lagi. Namun begitu aku maseh mau ketemu dia lg. Janjian lepas magrib, aku berhias sekali lagi.
"Kak, nak g mana kak?" Roomate aku tanya. "Pegi angsana lagi" ringkas aku jawab!!
Aku sudah keluar, 5 minit kemudian aku masuk semula. Aku keluar hanya untuk panaskan kereta saja.
"Aik, kejap jek akak kuar?" tanya roomate aku lagi. "Haah, kejap jek! Akak malas plak nak kuar, keje byk tak siap lagi!"
Posted at 09:25 pm by zurie
Permalink
Tuesday, July 22, 2008
Bagaimana rasanya menjadi isteri orang kenamaan?? bahagia kah? Dulu, masa ayah maseh lagi seorang inspektor, mak penah bilang. Mak selalu risau, tiap kali ayah kuar bertugas. Itu kata isteri inspektor. Apa kata isteri PM, TPM, Dato'?
Mak risau memang le kena pada tempatnya, keje inspektor tu cari salah orang jek.Jadi agak bahaya la kan. Tapi, macamana risau seorang isteri PM, TPM, Dato'2? Hehehhe mungkin risau, Dato' kawen lain kot. Hahahahhaha
ENtah la ek, cuba letak diri kita kat situ? Apa perasaannya ek? Kenapa aku bicara hal ini? Entah le...itu yang bermain di pikiran kotor aku ini.(orang kata pikiran aku kotor dan tidak terbuka).
Doa aku, aku tidak menjadi isteri kepada seorang Inspektor, PM, TPM dan Dato'2! Itu doanya, tapi kalau sudah takdir, aku redha. Heheeh adakah cik Zurie sedang dirisik oleh seorang Dato'?? Hahahha lawak si07!!
Tapi, mak aku penah bilang, aku mungkin ader anak tiri! kenapa mak cakap gitu ek? Uhuhuhu, mungkin benar Dato' akan melamar aku??
Posted at 12:09 am by zurie
Permalink
Tuesday, July 08, 2008
AkU jaTuh ChenTA seKaLi laGI
Aku.. menjalani praktikum di sekolah sekitar JB. Memang susah nak jadi Cikgu ni beb! Kena cukup ilmu di dada. Ilmu tuh pulak bukan takat ilmu IQ saja, EQ dan segala ilmu la kena ada.
Setakat ini, praktikum aku berjalan dengan lancar. Perancangan setakat ini, boleh la tahan. Kalau ader komen pun, komen-komen yang membina.
Peti suara aku neh, agak kecik la jugak! Orang kata agak kureng sesuwei dengan saiz badan! Hahahah, aku sedang usahakan sesuatu agar kelemahan ini tak nampak ketara.
Aku xbanyak mood nak menulis hari ini. Uhuuhh...CintaKu tertinGgaL di shhhh..S:E:P:I menyelebungi kini!! Aku buat puisi la plak!
SetIap deTik...di hitunG dentIngan nya.. dia masih SEPI. Apa harus Aku mULakan biCara?? ApA waJaR aku BuNuh SEPI yang dia Punya?? AkU mUlai jaTuh cHenTa paDa SEPI rAsa yaNg dia PunyA!! SeDang SEPI yAng AKu PunYAi tidAk laGi SEPI..
hahahahhah..ZURIE sengal
Posted at 05:42 pm by zurie
Permalink
Tuesday, June 24, 2008
Hidup ini, ada masa kau berada di atas. Ada ketika, kau berada di bawah. Aku capek menjalani hidup. Bukan maksuhnya aku kuciwa dengan hidup, aku cuma sedih! Jika boleh,aku kepingin hidup tanpa menyusahkan hidup orang lain. Aku kira memang itu lah juga yang telah aku lakukan. Tapi kenapa orang seakan tidak suka dengan hidup aku.
Aku punya kehidupan aku sendiri. Sepahit atau semanis manapun hidup aku, aku tetap jalani nya setabah daya aku. Mengikuti perkembangan semasa, gossip semasa, urusan kerja, urusan cinta, urusan keluarga, semuanya satu rutin bagi diri aku. Kenapa kawan ku keterlaluan terhadap aku? Saat ini, aku tidak wajar sekali salahkan pihak lain.Mungkin semua ini berpunca dari diri aku sendiri. Jadi, aku merefleksi diri.
Aku sedang mengganggu hidup kamu kah? Jika benar, maafkan aku! Mungkin secara diluar kewarasan aku bersikap begitu. Mungkin juga dengan sengaja aku berkelakuan sedemikian. Tapi, kalau bisa aku renungkan kembali, apalah perlunya aku berbuat sebegitu?
Seperti manusia lain, aku juga punyai kepercayaan. Aku percaya pada qada dan qadar dari DIA. bagaimana kamu? Jika kesedaran kamu itu maha besarnya, seharusnya kamu tidak bersikap sedemikian. owh..kalau lah kamu bisa berpikir dengan waras, aku pasti kamu tidak menyalahkan siapa-siapa termasuk aku.
Buat pertama kalinya, (aku rasa la), aku menulis dengan akal dan hati. Buat pertama kalinya jugak aku sedari kiranya diri ini dibenci. memang aku tiada kesedaran akan hal itu. Jika benar hari kamu lebih baik dari hari ini, aku doakan jugak untuk hari-hari seterusnya, kau terusan begitu. Dan, jika satu hari nanti, hari mu tak sebaik hari ini, harapan ku agar kau cepat sedar. Muga kesedaran itu milikmu abadi.
Siapa kamu untuk menentukan samada hidup aku malang atau tidak? Benar? apa benar hidup kamu itu sudah tiada malananya?Penah dengar tidak, Malang tidak berbau? Tajamnya hidung kamu menghidu malang pada hidup aku. Penah dengar tidak?? Kuman disebarang kamu nampak sedang gajah didepan mata tidak kelihatan? Aku jugak tidak bisa melabelkan kau di mana- mana keadaan, namun aku kira semua peribahsa itu layak untukmu!
Aku sudah belajar menerima kesilapan aku dulu. Bagaimana kamu? Masih tidak boleh menerima kenyataan hidup kamu sendiri? Jadi bukan aku yang tidak sedar, kamu! Kamu yang maseh belum sedar! Aku tergelak sendirian kawanku. Kesedaran apa yang kau agung-agungkan, sedangkan kau tidak mampu terima kenyataannya.
Jauh sudah aku menulis!! Kamu mau terguris hati atau apa. Whatever wannabe! Aku sekadar menulis apa yang aku rasa. Dan aku rasa, kamu itu keterlaluan. Melabel profesyen yang aku sayangi ini. Keterlaluan!!
Posted at 02:12 pm by zurie
Permalink
|
|
|