Hidup ini, ada masa kau berada di atas. Ada ketika, kau berada di bawah. Aku capek menjalani hidup. Bukan maksuhnya aku kuciwa dengan hidup, aku cuma sedih! Jika boleh,aku kepingin hidup tanpa menyusahkan hidup orang lain. Aku kira memang itu lah juga yang telah aku lakukan. Tapi kenapa orang seakan tidak suka dengan hidup aku.
Aku punya kehidupan aku sendiri. Sepahit atau semanis manapun hidup aku, aku tetap jalani nya setabah daya aku. Mengikuti perkembangan semasa, gossip semasa, urusan kerja, urusan cinta, urusan keluarga, semuanya satu rutin bagi diri aku. Kenapa kawan ku keterlaluan terhadap aku? Saat ini, aku tidak wajar sekali salahkan pihak lain.Mungkin semua ini berpunca dari diri aku sendiri. Jadi, aku merefleksi diri.
Aku sedang mengganggu hidup kamu kah? Jika benar, maafkan aku! Mungkin secara diluar kewarasan aku bersikap begitu. Mungkin juga dengan sengaja aku berkelakuan sedemikian. Tapi, kalau bisa aku renungkan kembali, apalah perlunya aku berbuat sebegitu?
Seperti manusia lain, aku juga punyai kepercayaan. Aku percaya pada qada dan qadar dari DIA. bagaimana kamu? Jika kesedaran kamu itu maha besarnya, seharusnya kamu tidak bersikap sedemikian. owh..kalau lah kamu bisa berpikir dengan waras, aku pasti kamu tidak menyalahkan siapa-siapa termasuk aku.
Buat pertama kalinya, (aku rasa la), aku menulis dengan akal dan hati. Buat pertama kalinya jugak aku sedari kiranya diri ini dibenci. memang aku tiada kesedaran akan hal itu. Jika benar hari kamu lebih baik dari hari ini, aku doakan jugak untuk hari-hari seterusnya, kau terusan begitu. Dan, jika satu hari nanti, hari mu tak sebaik hari ini, harapan ku agar kau cepat sedar. Muga kesedaran itu milikmu abadi.
Siapa kamu untuk menentukan samada hidup aku malang atau tidak? Benar? apa benar hidup kamu itu sudah tiada malananya?Penah dengar tidak, Malang tidak berbau? Tajamnya hidung kamu menghidu malang pada hidup aku. Penah dengar tidak?? Kuman disebarang kamu nampak sedang gajah didepan mata tidak kelihatan? Aku jugak tidak bisa melabelkan kau di mana- mana keadaan, namun aku kira semua peribahsa itu layak untukmu!
Aku sudah belajar menerima kesilapan aku dulu. Bagaimana kamu? Masih tidak boleh menerima kenyataan hidup kamu sendiri? Jadi bukan aku yang tidak sedar, kamu! Kamu yang maseh belum sedar! Aku tergelak sendirian kawanku. Kesedaran apa yang kau agung-agungkan, sedangkan kau tidak mampu terima kenyataannya.
Jauh sudah aku menulis!! Kamu mau terguris hati atau apa. Whatever wannabe! Aku sekadar menulis apa yang aku rasa. Dan aku rasa, kamu itu keterlaluan. Melabel profesyen yang aku sayangi ini. Keterlaluan!!