|
|
 |
 |
|
Wednesday, January 04, 2006

Dan disini kisah ku mulai...menuturkan sgala tentang hidup kurasakan ada yang terluka...biarlah kupendam sendiri
Biar saja ini mengalir...biarlah memang harus begini kuhayati sgala perasaanku ini...yang kuinginkan hanya cintaku
Belum jelas harus bagaimana...kuturuti semua kata hati andaikan luka itu tak ada...mungkinkah kita kan bersama
Posted at 04:35 pm by zurie
Permalink
Saturday, December 24, 2005
TGV, Mines.
Seri Kembangan.11.30pm..
Baik Punye Cilok

Jom... tengok wayang..
Orang kata best n seronok cite neh...Orang kata laaaa...
hehheeh pic neh amik dari blog afdlin..harap dia tak mare
Posted at 03:04 pm by zurie
Permalink
"Akak, saya kena balik. Makcik saya dah meninggal" Meng Han Saya dan Akak tercenggang sekejap. "Awak nak alik sekarang ke Meng Han?" tanya akak. Meng Han dah menghala ke meja dia, mengemasa barang2 nye barangkali.
"Err, akak! Kalau org diorg mati, kita nak cakap aper kak?" saya bertanya mesra.
"Tu laa, td akak nak ckp innalillah dah. Cakap takziah jek." jawab akak
Kami menuju ke meja Meng Han.
"Akak, patut ke saya balik??" Meng Han tanya lagi "La, balik jek lah. Nnt kan ader majlis kebumi kan? Balik la utk hormati majlis" kata akak. "Zuri, awak tanak ikot saya balik?" Meng Han "Heheheh, awak nak kenalkan saya dekat mak awak ke, makcik awak??" saya bergurau "Kalau saya bawak pegi majlis kebumi makcik saya, terus dia bangun woo" Meng Han buat lawak.
Saya, Akak dan Meng Han gelak...
Posted at 10:22 am by zurie
Permalink
Thursday, November 10, 2005
Sesungguhnya, Syawal kali ini amat berbeza berbanding tahun yang sudah. Syawal kali ini di sambut tanpa kehadiran Ba. Tapi kami yg maseh hidup harus berkelakuan seperti sediakala. Harus mensyukuri dan gembira menyambut hari kejayaan manusia mengharungi cabaran di Ramadhan lalu. Alhamdullillah... segalanya maseh sama walau sedikit berbeza tanpa Ba.
Selesai solat Subuh, menuju kami ke pusara. Melihat nisan, meratap kedua2 pusara yg jaraknya hanya selangkah. Tercapai juga impian Ba utk berdekatan dgn Ma. Bertemukah mereka di alam yg satu itu?? Waulahhualam... hanya Dia Maha Mengetahui....
Bergilir2 kami menyesedekahkan Yassin buat kedua pusara.. mencucurkan air yg di bawa, kemudian menaburkan bunga2 keatas tanah di pusara diiringi doa muga tenteram kalian di sana..
Setelah.. agak jauh melangkah meninggalkan pusara nenda dan tokda, salam diberi tanda kami ingin pulang.. Muga kalian tenang di sana. Aminn.
Posted at 08:35 am by zurie
Permalink
Friday, October 28, 2005

Dahulu kita...tanamkan cinta sehebat kisah lagenda
aku laksamana..engkau puteri
di gunung kita bersemadi------Khafi------
PUTERI GUNUNG LEDANG kembali lagi... tayangan istimewa Hari Raya.
Cinta agung Gusti Putri Raden Ajeng Retno Dumilah dari Majapahit menuntut dirinya lari ke Gunung Ledang untuk mencari kekasihnya Laksamana Hang Tuah.
"KAmi sebenarnya dlm perjlnan utk meminang tuan puteri yang berada di puncak gunung ini" Datuk Setia
"Meminang utk siapa, Cu?" Nenek Tua
"Baginda Sultan Melaka, Sultan Mahmud, Nek" datuk Setia
"Jgn berangan meniti laut, takut airnya menjadi api" Nenek
"Kami menjunjung titah Paduka Sultan!!" Hang Tuah
"Baguslah, Cu. Taat yang tiada kesudahannya, tiada penghujung!!" Nenek
Ratusan tahun yang lalu, ketika Hang Tuah menjunjung daulat si Raja dan kota Melaka jadi tumpuan.. Terjadilah sebuah kisah cinta agung. Antara amanat dan cinta pada sang puteri, seorang panglima tersepit di sini.
Saksikan kembali...PGL
SELAMAT HARI GHAYER
MAAF ZAHIR dan BATIN
Posted at 04:58 pm by zurie
Permalink
Tuesday, October 25, 2005
"Saya mintak maaf sebab berkasar dengan awak tadi. Saya tak bermaksud nak buat awak marah. Maafkan saya."
"Maaf yer, saya terlambat. Jalan sesak tadi. Maaf buat awak tertunggu-tunggu."
"Maafkan saya...bla bla bla....."
Meminta maaf neh bagus tapi kalau masa bercinta, jangan selalu sangat cakap maaf terutama pasal benda remeh temeh. Nak tahu kenapa?? Maaf akan menyebabkan si dia mengambil kesempatan atas kebaikan kita dan ucapan maaf itu menunjukkan kita terlalu baik sedangkan kita perlu ada gaduh2 sikit supaya setiap kelemahan dapat diatasi.
Hmmm.. Camaner tuh ek?? Minta maaf atas kesalahan yg telah dibuat memanglah sesuatu yang wajar. Tapi bila terjadi benda yg remeh temeh, nak mintak maaf jugak..uikssss patut ke??
Contoh la kan..contoh ek:
Jalan jamm, kete takder jadi terpaksa la naik bas. Bas plak jalan terkedek2 dan benti2 di bas stop. Date pukul 2.oopm. Dah SMS kat dia, gitau lambat sket sebab road a bit sesak. Sesampai di tempat date, dia tarik muka tigabelas (muka org merajuk la neh). Abes ayat dah mengayat dan diayat. Bolayan dibuatnyer. Hmmm mintak maaf pun, muka still setengah sen. Bistuh cemaner?? Nak mintak maaf baper byk kali dong. Udah digitau jalan jamm maaaa.
Bagi saya, situasi di atas adalah perkara biasa2 saja. Kita dah mintak maaf kan, tapi saja jek la si perajuk memanjangkn rajuk kan. Amik kesempatan la tuh. Heheheh.. kalau kena pasangan yg kurang sabar, memang dah lama dah angin taupan ribut abes. "Ko neh pesal, aku dah mintak maaf pun, tak paham2 ke? Nak aku buat camaner lagi neh?"
Kalau kena pasangan yang penyabar, Alhamdullilah la. Tapi awas, kesabaran setiap org neh ada batasnyer jugak. Jadi, perlu ke selalu meminta maaf?? Makin kita dok mintak maaf, makin naik minyak plak dia kan?? Hah, amik kesempatan la tuh.. Hahahaha nak bermanja2 supaya dipujuk2. Meminta maaf dan merajuk..Merajuk kemudian meminta maaf. Dah jadi suatu yang sinonim kan.
Tak penat ke dia melayan rajuknyer itu. Dan tak terpikirkah dia bahawa org yg dok mintak maaf neh pun penat menunggu kata "maaf mu diterima".
Posted at 10:17 am by zurie
Permalink
Friday, October 21, 2005
Suatu petang, dalam perjalanan menuju ke De Palma, Sepang.
Ain: Eiii, sayang..tepi
SAya: Errrk, eeiiiiii ko sayang ahjing tuh??
Ain: Naper?? Takleh ke?? Makhluk tuhan jugak tuh..
HUishhh betol tuh. Makhluk tuhan kan kan
Saya: Ain, jadinya kalau aku melatah sebut Babi..takpela kan?? Makhluk tuhan jugak kan kan
Ain: Erkk baru aku nak jawab.. ko dah jawab. Hahahhahahah
Saya: Hahahhahahhah
beberapa minit kemudian.
Saya: Huishhhhh..berlagaknya mamat neh. Lohrat nak ke mana ntah. Bagi jek lah kite jln dulu. Aper laaa..
Ain: Lelaki, Zuri. Lelaki..inilah lelaki
Serentak saya dan Ain: Makhluk tuhan jugak..Hahahhahaahahahhahah
Posted at 06:21 pm by zurie
Permalink
Monday, October 17, 2005

Ku Membayangi..JIwA Hatimu
Tapi Perpisahan Menunggu
Ku Ingin Membelaimu
Namun Kasihku Tiada Restu
Diri Begini..Kerna Selama
Ditinggalkan Marah Sengsara
Hingga Hilang Terlupa
Siapa Aku Sebenarnya Sayang..
Oh..Dengarlah Sayu Tangisanku
Mengapa Dengupanmu Ku Seru
Kerna Kesepian nan Terlalu
Kembalikan Hidup Yang Ku Rindu
Oh..Dengarlah Sunyi Tangisanku
Kau Tahu Ku amat Menyayangimu
Oh Pergilah Kau Bukan Milikku
Pulang Pada Yang Mengasihi.. Dirimu..
Sampai Disini
Ku Lepas Kau Pergi
Biar Ku Damai Bersemadi
Lukamu Ku Mengerti
Kan Ku Hilangkan Derita..Ini..
Posted at 12:15 pm by zurie
Permalink
Friday, October 14, 2005
Dia bukak petimasuk, Mak Aii byk betol suratan-suratan. Dia perlu reply ke?? Dia nak kena buat camaner yerrrr?? Alerrrrrr, macam tak biasa kan. Dia buat bodoh jek laa... Macam bicara sekeping suratan tu.. sediakan bingkai kaca 'stained glass'!!!!!
Dia cuba sediakan dan dipakaikan 'stained glass' kat muka sendrik..Wakakkaka Tak muat la plak. Buat lagi laaaa...
Tetap tak muat-muat saiznyer. HAhahhaah bek buat bodoh ajer las. Manusia memang mcm tu kan. Diri kita sendrik pun kekadang cam gitu jugak kn..
Kepada si dia, klu 'stained glass' tuh tak muat-muat gak, usaha kan lagi la.
Posted at 02:16 pm by zurie
Permalink
Wednesday, October 12, 2005
ESAH : Ipah! Tengok burung tu! Dia puasa tak??
IPAH : Ntah!
ESAH : Kan best kalau jadi burung!
IPAH : Apasal pulak?
ESAH : Iye la..., kalau Esah jadi burung...Tentu takyah posa!!
IPAH : Oo.. abis tu, Esah tak bersyukur la jadi manusia??
ESAH : Errrrrr errrrrrr
Kelinci, Nov 2000
TIADA JURANG YANG MEMBEZAKAN kita SESAMA INSAN, KECUALI iman & taqwa
SELAMAT BERPUASA!!
Posted at 10:02 am by zurie
Permalink
|
|
|