entri blog kini dalam bentuk cetakan! dapatkan buku JIWA KACAU segera.



Thursday, January 05, 2006
Goat

8.50am YM ID: Zurie_nor,   Status: Pegi menembak kambing.

putera_tanggang (01/05/2006 1:23:57 PM): DAH DPT KAMBING BLUM
putera_tanggang (01/05/2006 1:23:59 PM): lapar ni
zurie_nor (01/05/2006 1:24:24 PM): kambingnye nyohrok laa
putera_tanggang (01/05/2006 1:24:41 PM): laaaaaaa
putera_tanggang (01/05/2006 1:24:48 PM): ingat kan nak buat lunch tadi
zurie_nor (01/05/2006 1:24:59 PM): ko pegi kejar sat
zurie_nor (01/05/2006 1:25:05 PM): belakang ko tuh dia dok melepak
zurie_nor (01/05/2006 1:25:22 PM): ko pegang dia elok..aku nak tembak kasek mampusssss

 

12.50pm YM ID: Zurie_nor, Status: Berkejar-kejaran dgn kambing.

e_najeff (01/05/2006 2:22:06 PM): dpt x???
zurie_nor (01/05/2006 2:22:15 PM): dpt
zurie_nor (01/05/2006 2:23:17 PM): dpt aper yang??
e_najeff (01/05/2006 2:23:20 PM): brp???
zurie_nor (01/05/2006 2:23:40 PM): oo kambing eh??
zurie_nor (01/05/2006 2:23:45 PM): hahaha dpt dua
e_najeff (01/05/2006 2:23:53 PM): 2 jerk???
zurie_nor (01/05/2006 2:23:57 PM): skang dok berkejar kejaran plak dgn kambing2 sekalian neh
e_najeff (01/05/2006 2:24:22 PM): mmg mlg ler kmbing 2 ekoq tues...

mohdnoorhisham: eloooooo
mohdnoorhisham: perli aku ke
mohdnoorhisham: amboi....
mohdnoorhisham: berkejar kejarn dgn kambing laaa
zurie_nor: ahaksss
zurie_nor: terasa ke??
zurie_nor: idak le
zurie_nor: burink sgt arineh
zurie_nor: tuh yg asek tukar status jek
zurie_nor: td pegi menembak kambing
zurie_nor: skang berkejar kejaran dgn kambing plak

sayang_mama7: oitttt
sayang_mama7: ape men kejar2 kamben nih?
zurie_nor: hehehe utk kurban le
zurie_nor: wakakakkaka


kisah kambing di hari kamis..

nonie: "Cik bintang jatuh bau kharuf (kambing)" <<<< neh lagi best.. dia bleh letak status dia camneh plak. Wakakakkak..


 

Posted at 03:49 pm by zurie
Comment (1)  

tahun baru

aku: camner thn baru ni zurie yg cun..  Hahahahhaha terima kaseh kerana ko katakan aku cun. Ya Allah, ciptaan Mu di puji.

Tahun baru?? BAgus soklan ko. Tahun baru neh, aku asek nak mengamok jek. Tahun neh jugak aku kena punch card. Tahun ini aku harus kerja melebihi kedrat. Tahun neh aku maseh mencari kerja lagi. Tahun neh Ym aku akan on awal pagi. Hahaha tak macam tahun sebelum neh..kol 10am baru nak online. YM aku juga dah bersih, tiada lagi si KHINz yg menyemak pandangan ku.

Lagi?? Tahun neh, aku tangguh pengajian. Jadi, kalau jumpa, jangan tanya bila nak abes..hehe kerana aku tangguh. Tahun ini jugak Muhammad dah masok darjah tiga. Tahun neh..bla bla bla bla bla bla.....


 

Posted at 01:03 pm by zurie
Make a comment  

GATH

Hari ke5 dalam tahun baru 2006... Hampir lupa terus pada 1hb 2006. Kami menghadiri GATH GENG JURNAL 2005. Gath yg kali kedua saya dan Ain hadiri. Alhamdullilah semua berjalan seperti yg dirancang. Paling best bila Mat JAN dan BEAN pengacau acara beraksi di pentas.

Pendek kata, semua nyer Alhamdullillah... Untuk ND, " Aku suka semua lagu yg kau nyanyi...best performance!!"

Jiwa kacau dalam penjagaan saya terjual 4 bijik. Ader pasaran gelap dgn E1..hahahah me n E1 sahaja yg tau. Maseh punyai 2 bijik lagi.

Ader sorang pakwe bertenggek di meja pendaftaran. Saya menyapa " Nie, saper ek? Nama aper?". Mamat tuh menjawab " Panggil jek -------". Hehehehe aper lagi, saya usha aaa "Dah beli JIWA KACAU?".. tu dia..... Hahahahah

Kesimpulannya: Kebanyakkan yg hadir di Gath kali ini adalah mereka2 g telah saya kenali. Ada juga yg tak penah saya kenal... sempat  jugak berkenalan walau pun hanya di pintu masuk dewan.

To Tuan Tajul: Uwaaaaaaa pesal ko tak datang??!!!

 

Posted at 12:42 pm by zurie
Comment (1)  

Wednesday, January 04, 2006
di disini kisah ku mulai

 

Dan disini kisah ku mulai...menuturkan sgala tentang hidup
kurasakan ada yang terluka...biarlah kupendam sendiri


Biar saja ini mengalir...biarlah memang harus begini
kuhayati sgala perasaanku ini...yang kuinginkan hanya cintaku

Belum jelas harus bagaimana...kuturuti semua kata hati
andaikan luka itu tak ada...mungkinkah kita kan bersama

Posted at 04:35 pm by zurie
Make a comment  

Saturday, December 24, 2005
BAIK PUNYE CILOK

 

TGV, Mines.

Seri Kembangan.11.30pm..

Baik Punye Cilok

Jom... tengok wayang..

Orang kata best n seronok cite neh...Orang kata laaaa...

hehheeh pic neh amik dari blog afdlin..harap dia tak mare

 

Posted at 03:04 pm by zurie
Comments (3)  

Salam Takziah

 

"Akak, saya kena balik. Makcik saya dah meninggal" Meng Han
Saya dan Akak tercenggang sekejap.
"Awak nak alik sekarang ke Meng Han?" tanya akak.
Meng Han dah menghala ke meja dia, mengemasa barang2 nye barangkali.

"Err, akak! Kalau org diorg mati, kita nak cakap aper kak?" saya bertanya mesra.

"Tu laa, td akak nak ckp innalillah dah. Cakap takziah jek." jawab akak

Kami menuju ke meja Meng Han.

"Akak, patut ke saya balik??" Meng Han tanya lagi
"La, balik jek lah. Nnt kan ader majlis kebumi kan? Balik la utk hormati majlis" kata akak.
"Zuri, awak tanak ikot saya balik?" Meng Han
"Heheheh, awak nak kenalkan saya dekat mak awak ke, makcik awak??" saya bergurau
"Kalau saya bawak pegi majlis kebumi makcik saya, terus dia bangun woo" Meng Han buat lawak.

Saya, Akak dan Meng Han gelak...

Posted at 10:22 am by zurie
Make a comment  

Thursday, November 10, 2005
Syawal kali ini


Sesungguhnya, Syawal kali ini amat berbeza berbanding tahun yang sudah. Syawal kali ini di sambut tanpa kehadiran Ba. Tapi kami yg maseh hidup harus berkelakuan seperti sediakala. Harus mensyukuri dan gembira menyambut hari kejayaan manusia mengharungi cabaran di Ramadhan lalu. Alhamdullillah... segalanya maseh sama walau sedikit berbeza tanpa Ba.

Selesai solat Subuh, menuju kami ke pusara. Melihat nisan, meratap kedua2 pusara yg jaraknya hanya selangkah. Tercapai juga impian Ba utk berdekatan dgn Ma. Bertemukah mereka di alam yg satu itu?? Waulahhualam... hanya Dia Maha Mengetahui....

Bergilir2 kami menyesedekahkan Yassin buat kedua pusara.. mencucurkan air yg di bawa, kemudian menaburkan bunga2 keatas tanah di pusara diiringi doa muga tenteram kalian di sana..

Setelah.. agak jauh melangkah meninggalkan pusara nenda dan tokda, salam diberi tanda kami ingin pulang.. Muga kalian tenang di sana. Aminn.

Posted at 08:35 am by zurie
Comment (1)  

Friday, October 28, 2005
SELAMAT HARI RAYER


Dahulu kita...tanamkan cinta sehebat kisah lagenda
aku laksamana..engkau puteri
di gunung kita bersemadi------Khafi------

PUTERI GUNUNG LEDANG kembali lagi... tayangan istimewa Hari Raya.
Cinta agung Gusti Putri Raden Ajeng Retno Dumilah dari Majapahit menuntut dirinya lari ke Gunung Ledang untuk mencari kekasihnya Laksamana Hang Tuah.

"KAmi sebenarnya dlm perjlnan utk meminang tuan puteri yang berada di puncak gunung ini" Datuk Setia

"Meminang utk siapa, Cu?" Nenek Tua

"Baginda Sultan Melaka, Sultan Mahmud, Nek" datuk Setia

"Jgn berangan meniti laut, takut airnya menjadi api" Nenek

"Kami menjunjung titah Paduka Sultan!!" Hang Tuah
 
"Baguslah, Cu. Taat yang tiada kesudahannya, tiada penghujung!!" Nenek


Ratusan tahun yang lalu, ketika Hang Tuah menjunjung daulat si Raja dan kota Melaka jadi tumpuan.. Terjadilah sebuah kisah cinta agung. Antara amanat dan cinta pada sang puteri, seorang panglima tersepit di sini.
Saksikan kembali...PGL

SELAMAT HARI GHAYER
MAAF ZAHIR dan BATIN

Posted at 04:58 pm by zurie
Comments (3)  

Tuesday, October 25, 2005
maafkan daku


 

"Saya mintak maaf sebab berkasar dengan awak tadi. Saya tak bermaksud nak buat awak marah. Maafkan saya."

"Maaf yer, saya terlambat. Jalan sesak tadi. Maaf buat awak tertunggu-tunggu."

"Maafkan saya...bla bla bla....."

Meminta maaf neh bagus tapi kalau masa bercinta, jangan selalu sangat cakap maaf terutama pasal benda remeh temeh. Nak tahu kenapa?? Maaf akan menyebabkan si dia mengambil kesempatan atas kebaikan kita dan ucapan maaf itu menunjukkan kita terlalu baik sedangkan kita perlu ada gaduh2 sikit supaya setiap kelemahan dapat diatasi.

Hmmm.. Camaner tuh ek?? Minta maaf atas kesalahan yg telah dibuat memanglah sesuatu yang wajar. Tapi bila terjadi benda yg remeh temeh, nak mintak maaf jugak..uikssss patut ke??

Contoh la kan..contoh ek:
Jalan jamm, kete takder jadi terpaksa la naik bas. Bas plak jalan terkedek2 dan benti2 di bas stop. Date pukul 2.oopm. Dah SMS kat dia, gitau lambat sket sebab road a bit sesak. Sesampai di tempat date, dia tarik muka tigabelas (muka org merajuk la neh). Abes ayat dah mengayat dan diayat. Bolayan dibuatnyer. Hmmm mintak maaf pun, muka still setengah sen. Bistuh cemaner?? Nak mintak maaf baper byk kali dong. Udah digitau jalan jamm maaaa.

Bagi saya, situasi di atas adalah perkara biasa2 saja. Kita dah mintak maaf kan, tapi saja jek la si perajuk memanjangkn rajuk kan. Amik kesempatan la tuh. Heheheh.. kalau kena pasangan yg kurang sabar, memang dah lama dah angin taupan ribut abes. "Ko neh pesal, aku dah mintak maaf pun, tak paham2 ke? Nak aku buat camaner lagi neh?"

Kalau kena pasangan yang penyabar, Alhamdullilah la. Tapi awas, kesabaran setiap org neh ada batasnyer jugak. Jadi, perlu ke selalu meminta maaf?? Makin kita dok mintak maaf, makin naik minyak plak dia kan?? Hah, amik kesempatan la tuh.. Hahahaha nak bermanja2 supaya dipujuk2. Meminta maaf dan merajuk..Merajuk kemudian meminta maaf. Dah jadi suatu yang sinonim kan.

Tak penat ke dia melayan rajuknyer itu. Dan tak terpikirkah dia bahawa org yg dok mintak maaf neh pun penat menunggu kata "maaf mu diterima".

Posted at 10:17 am by zurie
Comments (6)  

Friday, October 21, 2005
makhluk tuhan jugaaak


 

Suatu petang, dalam perjalanan menuju ke De Palma, Sepang.

Ain: Eiii, sayang..tepi
SAya: Errrk, eeiiiiii ko sayang ahjing tuh??
Ain: Naper?? Takleh ke?? Makhluk tuhan jugak tuh..

HUishhh betol tuh. Makhluk tuhan kan kan

Saya: Ain, jadinya kalau aku melatah sebut Babi..takpela kan?? Makhluk tuhan jugak kan kan
Ain: Erkk baru aku nak jawab.. ko dah jawab. Hahahhahahah
Saya: Hahahhahahhah

beberapa minit kemudian.

Saya: Huishhhhh..berlagaknya mamat neh. Lohrat nak ke mana ntah. Bagi jek lah kite jln dulu. Aper laaa..
Ain: Lelaki, Zuri. Lelaki..inilah lelaki

Serentak saya dan Ain: Makhluk tuhan jugak..Hahahhahaahahahhahah

 

Posted at 06:21 pm by zurie
Comments (2)  

Next Page

Cool comment CLICK HERE !!!


Create Your Own
MuSic Is MY BOYFRIEND!!
/

zUriE:

SeLATaN TanAhaIR:

MaXiS UseR:

1. MysteriOus 2. SwEEt n HonEsTY (mCM PoNah DeNGaR jeK..AVoN Kan kAn??) 3. SaMSuNG AdDicTS, tHeaTRe AdDicTS 4. i'Ve GoT a BLack BELt iN sHopPiNG 5. KeWLs 6. LoVes haNGiNG oUT Wiv FamiLy, fRiendS (bfS n gFs), BlOGgeRs 7. PreCiOuS momENt: BoRN tO da WoRLD, DaTiNG wiV mY BelOveD BoYfreN 8. A LittLe biT STubBOrn AnD LiKe to "BuAt BoD0, MuAhahaha dis Is mY sPeciAL skiLL maa, No OnE caN bEat mE!!!" 9. I CaN'T gOinG oUt wIthOut mY BRA!cELeTS. ThEy LooKs PrEtty wHeN i'm WoRe 'eM 10. I LoVE fRidAY..cuCi2 mAtA NenGok guYS wEaRiNG BaJu mELaYU..CutE kaN DoRanG?? SoPAN jeK.. 11. My 5-word Cv: I aM aLwiz vERy sLeEpY!!!!


Favorites
Image hosting by Photobucket
Grey's Anatomy
Image hosting by Photobucket
   

<< January 2006 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30 31








    Image hosted by Photobucket.com / / / / / / /

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed